Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 2-May-2010 07:52
Suatu sup yang hebat

Crusing speed adalah lebih kurang 170 -200 km/hr
masa konar adalah lebih kurang 130-150 km/hr
akan tetapi saya sudah ketinggalan.



Taman rekreasi gua batu madu terletak di gua musang. Ramai yang tak tahu. Tempat ini menarik cuma perlu masuk kedalam lebih kurang 1-2km dari jalan utama. Laluan kira kira 10 kilometer sebelum sampai di bandar gua musang dari Kuala Lumpur. Ada satu warung di taman ini menjual makanan.


Tempat ini boleh dikatakan agak menarik. Dengan gua gua yang boleh di jadikan tempat pertapaan yang mustajab.


Satu surau di buat didalam salah satu gua untok pengunjung pengunjung bersolat. Dalam surau ini jugak ada batu nisan. Siapa empunya batu nisan ini saya tak tahu. Dari cerita cerita yang tidak sohih, kalau nak tahu kena tidur dalam surau ini sekurang kurang nya tiga malam berturut turut seorang diri.





Sampai di tempat ini mereka sudah sampai. Motor sudah di park kan dan mereka baru melabuhkan punggong mereka di atas bangku bersedia untok order makang. Motor dia orang 1000 cc belaka. Motor saya cuma 650cc. Lagi pun motor saya kedudukan badan tegap, menunggan dengan relax dan bersahaja. Motor dia orang kedudukan meniarap macam askar sedang berperang. So .. dia orang kena lah pecut laju laju. .. saya boleh mengikori dari belakang. Apa apa hal nanti saya boleh tolong kutip daging dan tulang tulang dia orang yang bertaburan di tengah jalan nanti. Heheheeheeh...

Oleh kerana hari sudah lewat petang, sup ayam, sup tulang sudah habis.


"Bang .. sup ini boleh tak???"
tanpa menoleh sedikit pun saya jawab " boleh boleh .. .asalkan enak di makang"


15 minit kemudan sup yang hebat ini pun siap ..
mmmmm .. sedappp...


kita pun makanggg makaangg makkaanggggg... sehingga kenyang.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016